Followers

Wednesday, September 28, 2011



diam.

apa yang aku buat langsung kau tak perasan.
aku menyusahkan. aku tak nafikan hal ni.
aku tak marah. betul, aku tak tipu.
masing-masing ada hak nak fikir apa, nak cakap apa.
aku tak boleh paksa orang suka aku. aku tak boleh paksa orang terima aku.
aku tak boleh paksa kau ada dengan aku.
aku memang tak boleh paksa kau, kalau kau rasa aku pentingkan diri aku mintak maaf.
mungkin betul aku memang macam tuh. mungkin betul aku asyik fikir pasal diri sendiri.
mungkin memang salah aku. maaf lah. aku mintak maaf.
cuma...
apa aku masih pentingkan diri, bila aku cuba untuk faham kau?
apa aku masih pentingkan diri bila aku sebenarnya masih terasa tapi aku endahkan perasaan tu?
apa aku masih pentingkan diri, bila aku sedang merajuk tapi aku masih buatkan kek kesukaan kau?
apa aku masih pentingkan diri  bila aku redah hujan semata-mata nak carikan hadiah kau walaupun hati aku masih sakit?
apa aku masih pentingkan diri, bila aku selalu sokong kau walaupun aku tak suka apa yang kau buat?
apa aku masih pentingkan diri, bila kau lupa kan aku masa kau dengan kawan-kawan kau?
apa aku masih pentingkan diri, bila aku yang pergi jumpa kau sedangkan aku perempuan?
apa aku masih pentingkan diri, bila kau berjanji dan kau tak tepati?
apa aku pentingkan diri, bila aku masih cuba terima kau seadanya?
apa aku pentingkan diri, bila aku cuba ubah kau jadi lebih baik?
apa aku pentingkan diri, bila aku cuba buat apa yang terbaik untuk kau?
apa aku pentingkan diri, bila aku menolak yang lain demi kau?
apa aku pentingkan diri, bila aku tetap berikan kau peluang?

kalau apa yang aku buat ni tunjukkan aku masih pentingkan diri. aku mintak maaf. kalau perangai aku macam budak-budak , aku mintak maaf. kalau kau rase aku tak faham kau. aku mintak maaf. kalau kau rase, aku tak ambil berat pasal kau, aku mintak maaf. kalau kau rase, aku selalu paksa kau, aku mintak maaf. kalau kau rase aku selalu cuba ubah kau, aku mintak maaf. kalau kau rase aku manja, aku mintak maaf. kalau kau rase aku tak boleh bertolak ansur, aku mintak maaf. aku memang salah dalam semua hal. aku memang takdek sifat give and take, aku memang takde sifat forgive dan forget, jadik aku mintak maaf sebab macam nih.


nota: apa salah ke aku bila aku selalu harapkan kau buat aku gembira. :)

dah bace, komen la ye. tekan like sekali.:)

No comments: