Followers

Friday, September 23, 2011

childhood

masa kecil-kecil dulu, 
saya suke tengok cerita cinderella, snow white tapi saya pun suke tengok cerita dragonball dengan sailormoon  tau. hah. naruto sekali. :)
masa kecil-kecil dulu, 
saya selalu main tembak-tembak guna pistol yang peluru dia guna buah ceri muda tuh.
abah saya yang tolong buatkan.
masa kecil-kecil dulu,
saya selalu panjat pokok dengan kawan-kawan. selalu jatuh tau, habis luka-luka. balik rumah kene bebel dengan mak. :)
masa kecil-kecil dulu,
saya selalu lukis gambar baju pengantin dekat dalam buku siap kaler-kaler lagi tau. bila mak tanya , saya cakap nak simpan buku tuh, nanti bila nak kawin nak buat baju macam tuh. tapi sekarang ni, buku tuh pun dah tahu pergi mane.
mase kecil-kecil dulu,
saya selalu impikan nak kawin dengan putera raja. sebabnya kan, putera raja kan henseng-henseng, hidung mancung pulak tuh. wahhhh, kacaknyaaaa. tapi sekarang ni dah tak fikir macam tu lah. dah matang kan. :)
masa kecil-kecil dulu,
saya rasa nak cepat besar, sebab jadi besar ni best. boleh jaga diri sendiri, boleh kerja, bila dah duit sendiri boleh lah beli apa yang saya nak. nak pergi mana pun boleh, kalau jadi kecik ni, nak pergi main dekat taman pun susah sebab mak dengan ayah risau saya kena culik. hehe.

tapi sekarang ni,

saya takut nak jadi besar. takut nak hadapi dunia luar. saya takut tak mampu nak hadapi. banyak sangat benda yang nak difikirkan. banyak sangat masalah. banyak sangat dugaan. saya lebih suka bila mak dengan abah yang aturkan hidup saya. saya risau tersalah langkah. tersalah pilih kawan tersalah buat pilihan. saya takut saya lalai. saya takut saya tak cukup katangg. 
banyak sangat kan saya ni berfikir ? ni lah tanda-tandanya nak makin matang. ohhh, scaryyynye. *galok. haha

apa-apa pun. semuanya kita kene tempuh kan. okay. usaha yang penting cuba lakukan yang terbaik.

Aku risau nanti sesat, 
Aku risau nanti hilang arah, 
Aku tiada kompas,
Aku tak pandai melihat arah berdasarkan bintang,
Aku tak nampak rumah api.
aku risau , aku takut.
#sampai sini je. aku tak tahu nak tulis apa. :)

nota: saya suka lelaki romantik. sangat sukesuke. tapi saya tak suka lelaki bergambar nak tunjuk badan. #fact

dah bace, komen la ye. tekan like sekali.:)

No comments: