Followers

Friday, July 15, 2011

cinta

bila saya jalan2 dekat blog orang lain. saya tgk ade macam2 cerita. ade yang sedih ade yang gembira, ada yang bau kehilangan orang yang disayangi, ada yang kecewa ada yang menyesal. 
dan saya cuma nak cakap apa yang saya rasa. 
saya tahu kan lebih senang kalau saya ckp terus terang apa yang saya rasa
tapi tak semua benda senang nak cakap macam tuh je.

saya tak marah bila awk sibuk dengan itu dan ini. dulu sibuk dgn gig sekarang sibuk dgn belajar dan gig.
saya cuba untuk faham awak. 
takpe bila awak kurang habiskan masa dgn saya cuma cara awak layan saya, 
entahlah tak tahu nak ckp macam mane. 
kadang2 ade benda lebih baik diam kan. tapi kadang2 bila kita bertepuk dua belah tangan pun, bunyik nye mungkin takdek.

saya tak marah pun cuma kadang2 awak buat saya berfikir semula dan saya tak suka macam tuh.
saya tak suka utk fikir sama ada awak sayang saya.
saya tak suka nak tanya awak sama ada saya penting atau tak.
saya tak suka bila awak buat saya rasa ada orang lain yang lebih sayang dan ambil berat tentang saya.
saya tak suka bila awak lebih pentingkan diri awak lebih dari diri saya.
saya tak suka bila awak buat saya sedih.
saya tak suka bila awak jauh dari saya
saya tak suka tunggu awak sampai lewat malam dan tertidur bila awak text saya.

saya cuma nak awak tanya dekat saya apa yang saya nak dan akan saya cakap
saya nak awak selalu dengan saya .
saya nak awak ada bila saya perlukan awak, menangis dalam pelukan awak.
saya nak awak luahkan semua yang awak rasa kat saya.
saya nak perhatian dari awak.
saya nak awak selalu tersenyum bila dengan saya 
saya nak awak sentiasa sayangkan saya dari dulu, sekarang dan akan datang.
dan saya taknak terlalu banyak dari awak.
saya cuma nak awak...

dah bace, komen la ye. tekan like sekali.:)

No comments: