Followers

Friday, April 15, 2011

surat untuk awak

dah banyak orang buat surat untuk bakal suami mereka. jadi apa lagi. saya pun ada keinginan untuk menulis.
jadi untuk awak bakal suami saya. surat ini adalah macam satu amanh. biasa lah sebelum berkahwin pasti ada yang ingin disampaikan kepada bakal suami tapi bezanya masa untuk kita berkahwin masih lambat. tapi takpe bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan. :)

wahai bakal suami ku, MR. _________-  apabila kita berkahwin saya akan panggil awak dengan panggilan sayang. ye saya panggil begitu kerana saya suka. awak tak rasa sweet ke ? hari2 panggil sayang rasa sayang pun asyik bertambah je. sweet apa.. apa? panggil abang? taknak lah. sejak bila awak jadi abang saya ? tak ada. kalau cinta saya, sila dengar cakap. :)

yang pertama. bila awak pulang dari kerja. saya tak semestinya ada dirumah. kerana saya adalah seorang wanita yang bekerjaya. mungkin saya akan pulang lewat tapi jangan risau segala keperluan awak dan ank-anak akn saya jaga. tak akan lah saya belajar rajin2 tapi akhirnya hanya duduk di rumah menjadi suri rumah. awak sayang saya bukan ? mesti nak saya capai cita2 saya bukan ? awak jangan risau saya tak akan curang. cinta saya hanya untuk awak. insyallah. :)

bila pulang dari kerja awak kena susun kasut awak ye. letak kan dalam rak kasut. 
jangan biarkan bergelimpangan depan rumah. saya tak suka la. nampak tak kemas. 
bau pun busuk takan lah saya yang nak kemas jugak bukan? 
simple je , balik then letak kasut dalam rak. bukan susah pun.

malam jangan harap nak keluar dengan kawan2 awak selalu sangat lah. 
malam masa untuk kita okay. 
tak akan lah awak nak habiskan masa dengan kawan2 awak je sampai tade masa untuk kita ?
masing2 asyik sibuk kerja. kalau awak nak keluar pun, kena balik sebelum 11.30 mlm.
saya mengantuk la nak tunggu awak lama2. saya bukan jaga.

lagi satu kaca mata awak sila jangan letak merata-rata ye. 
saya taknak awak bising2 tanya saya mana awak letak. awak kaca mata tu kan sesuatu yang penting untuk awak melihat jadi sila letak satu tempat. bila tidur letak kan kat atas meja dalam bilik tidur. jangan letak atas katil. saya lasak. karang patah ke apa awak bebel pulak. tak suka. :)
*saya rasa awak berkaca mata.

saya harap awak layan saya seperti seorang puteri di hati awak. penuh dengan kasih,sayng, cinta.
apabila bangun tidur saya harap awak akan cium pipi saya dahulu dan ucapkan selamat pagi. 
walaupun saya dalam keadaan yang sememangnya busuk dengan air liur yang meleleh dimulut.
saya harap awak tak kisah. saya juga inginkan awak membelai rambut saya walaupun ternyata rambut saya waktu bangun tidur kusut dah macam hantu kak limah dah. saya harap awak tak kisah dan tak akan cari wanita lain. hey ! jangan berani ye ! saya pancung awk nanti.

awak juga kena pasti kan untuk sentiasa memakai cincin kahwin kita. saya taknak wanita2 kat luar sana tuh ingat awak belum berkahwin then flirt2 dgn awk. no way ok ! awak saya punya. 
jangan berani untuk cabut. kalu nak cabut mintak izin dulu. 
jika tidak saya akan smack awak sampai jadi lempeng. 

saya juga tak nak awak asyik membebel. saya tak suka awak membebel. dah jadi macam mak saya. 
sakit kepala saya nanti. dan kalu saya merajuk sila faham. kita akan tidur berasingan . dan tolong jangn buat heartless lah. sila la pujuk ye. jangan buat tak faham. hati saya lembut. jika awak tak pujuk. bersiap sedialah. 
akan saya smack awak ! dan bila saya dalam keadaan period. saya selalu berada dalam kesakitan.
sila bawa saya ke klinik atau belikan ubat. dan jgn lupa belikan pad ye. saya tak suka bercakap ketika dalam period pain. saya harap awak faham. dan jadi suami yang prihatin.

dan saya harap awak takan berubah. kalau berubah pun jadilah lebih baik. 
saya tahu awak lelaki yang baik dan hati saya tak salah kerana memilih awak. 
awak tahu saya menerima awak bukan kerana awak kacak.
bukan kerana awak melamar saya dengan cincin yang kononnya mahal.
bukan kerana awak suka tgk wwe sama macam saya.
atau bukan kerana awak suka smack atau tembak orang .
tapi sebab saya cintakan awak. saya cintakan awak seadanya.
sya harap awk dapat menerima walau saya dalam keadaan seburuk mana, sekotor mane.

nota: kepada awak bakal suamiku. saya hrap awak baca. cinta saya terhadap awak sangat mendalam.
kita bukan sahaja sebagai suami dan isteri tetapi juga sebagai seorang kawan baik. :)

dah bace, komen la ye. tekan like sekali.:)